Gerbang Bakal Kaunselor

Friday, November 6, 2009

Kaunselor Berdaftar (CR) Kurang



KUALA LUMPUR 3 Nov. - Bilangan siswazah dalam bidang kaunseling yang berdaftar dan benar- benar mengamalkan profesion itu masih tidak mencukupi berbanding jumlah yang diperlukan negara pada masa ini iaitu seramai 60,000 orang.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kira-kira 2,000 siswazah yang menamatkan pengajian di dalam bidang itu tidak memasuki alam pekerjaan selari dengan kelulusan mereka di institut pengajian tinggi (IPT).

''Disebabkan itu, negara masih kekurangan kaunselor yang berdaftar. Kita masih perlukan kira-kira 60,000 kaunselor berdaftar di pelbagai peringkat termasuk IPT, kerajaan dan swasta,'' katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas melancarkan Persidangan Kebangsaan Kaunseling 2009 anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Persatuan Kaunseling Malaysia (Pekama) di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, sehubungan itu, Kementerian Pengajian Tinggi sedang mengkaji aspek-aspek penting dalam bidang tersebut terutama dari segi kokurikulum untuk melihat kesesuaiannya dengan bidang pekerjaan.

Katanya, sehingga kini hanya terdapat 1,865 orang kaunselor berdaftar di seluruh negara yang bertugas di sektor kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), akademik dan swasta.

Terdahulu semasa berucap, Mohamed Khaled berkata, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan sektor penting dalam proses perkembangan dan kesihatan mental masyarakat.

''Ini terutama ketika masyarakat di negara ini mengharungi pelbagai bentuk cabaran kehidupan,'' katanya.

Menurutnya, sehingga kini terdapat 12 IPTA yang menawarkan program kaunseling dengan melahirkan 2,000 siswazah dalam bidang itu setiap tahun.

sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_03.htm

Maklumat Kaunseling Secara Am

l

1. Kaunseling Sekolah
- Kaunseling kepada pelajar-pelajar yang menghadapi masalah disiplin,
tekanan rakan sebaya, kecewa cinta, gagal peperiksaan dan sebagainya.
- Pelajar berkeperluan khas
- Kaunseling remaja dan seksualiti
- Proses pencegahan, intervensi dan motivasi belajar
- Latihan dan Kemahiran kaunselor sekolah

2. Psikologi kaunseling dan terapi
- Teori, program dan pengalaman mendiagnosis, merawat dan memulih
klien
- Aspek terapi dan kaedah-kaedah terapi seperti hipnotism, yoga dan
sebagainya

3. Kaunseling perkahwinan, keluarga dan kanak-kanak
- Perkhidmatan kaunseling dalam aspek perkahwinan, perceraian,
keganasan rumahtangga
- Isu penderaan kanak-kanak, mangsa rogol, kesedihan kerana kematian,
anak yatim, wanita mengandung luar nikah
- Kaunseling pengurusan kredit
- Aplikasi kaunseling keluarga dalam mencegah dan merawat klien

4. Kaunseling keagamaan
- Program-program kaunseling keagamaan
- Intervensi keagamaan bagi memulih dan merawat pelbagai masalah
seperti ketagihan dadah, penyakit kronik, histeria, kecenderungan
membunuh diri dan sebagainya.

5. Kaunseling dalam Kesihatan Mental
- Kaunseling kesihatan mental
- Isu kemurungan, trauma, kecacatan otak
- Kaunseling warga emas dan ibu tunggal

6. Bimbingan dan kaunseling kerjaya
- Perancangan kerjaya pelajar-pelajar di sekolah dan institusi pengajian
tinggi
- Perancangan kerjaya pekerja-pekerja di sektor awam dan swasta serta
membuat keputusan kerjaya dan pembelajaran sepanjang hayat

7. Kaunseling genetik
- Kaunseling kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak kurang upaya,
cacat semasa dilahirkan, autism, ADHD, talasemia, cerebral palsy dan
sebagainya

8. Kaunseling di tempat kerja / organisasi
- Meliputi kaunseling dalam aspek meningkatkan produktiviti kerja,
hubungan rakan sekerja, gangguan seksual di tempat kerja, tekanan kerja
dan sebagainya

9. Kaunseling Penyalahgunaan Dadah
-Merangkumi aspek pencegahan dan pemulihan dadah, pendekatan rawatan matrik untuk penagih dadah, modul rawatan dan pemulihan dadah, kementerian dan agensi-agensi yang terlibat seperti KDN, PDRM, AADK, PEMADAM dan sebagainya.

10. Intervensi Krisis
-Menjalankan intervensi krisis/trauma akibat kematian orang tersayang, mengalami bencana yang tidak diduga seperti tsunami, peperangan, tanah runtuh dan sebagainya. Membincangkan langkah-langkah dan praktis khusus untuk membantu masyarakat menghadapi krisis.


Persidangan Kebangsaan Kaunseling 2009



Kami menjemput tuan/puan menghadiri persidangan tahunan PERKAMA (Persatuan Kaunseling Malaysia) 2009 yang diselenggarakan oleh UPSI sebagai penganjur utama bagi tahun ini. Skop persidangan pada tahun ini diperluaskan supaya merangkumi semua aspek dan bidang kehidupan masyarakat yang memerlukan perkhidmatan kaunseling ke arah memperkasakan masyarakat sejahtera, mempunyai jiwa dan minda yang lapang, yang akhirnya akan menjadi warganegara yang produktif, gembira, bahagia dan aman sentosa. Kami memilih tema ini untuk memberikan penekanan khusus terhadap pentingnya peranan kaunseling sebagai penawar bagi ‘menyembuhkan’ pelbagai penyakit masyarakat yang menyebabkan mereka menghadapi tekanan dan stres, kemurungan, ketakutan, rasa mahu membunuh diri dan sebagainya. Persidangan ini akan membincangkan topik-topik utama melalui sub-tema berikut:

1.
Kaunseling Sekolah (School Counseling)
2. Psikologi Kaunseling dan Terapi (Counseling Psychology & Therapy)
3. Kaunseling Perkahwinan, Keluarga dan Kanak-kanak (Marriage, Family & Child Counseling)
4. Kaunseling Keagamaan (Islam atau Lain-lain Agama) (Spiritual Counseling)
5. Kaunseling Kesihatan Mental (Mental Health Counseling)
6. Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya (Career Guidance & Counseling)
7. Kaunseling Genetik (Genetic Counseling)
8. Kaunseling di Tempat Kerja/Industri/Organisasi (Counseling in the Work Place/Industry/Organization)
9. Kaunseling Penyalahgunaan Dadah (Drugs Abuse Counseling)
10. Intervensi Krisis (Crisis Intervention)

Tarikh : 3-5 November 2009

Tema : "Strengthening Individuals, Families &
Communities through Quality Counseling Services"

Lokasi : Palace Of The Golden Horses , Seri Kembangan, Selangor

Tarikh penting : Penghantaran Abstrak : 20 Ogos 2009
Penghantaran Kertas Kerja : 30 September 2009


Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi Urusetia melalui maklumat berikut :-

Tel : 605-4506677 / 6107 / 6001 / 6119
Emel : pkk09@upsi.edu.my Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Laman Web : http://pkk09.upsi.edu.my


Thursday, October 8, 2009

*New - MAKLUMAT KEAHLIAN PERKAMA



Jenis Keahlian

Ahli Biasa - RM145.00
Ahli Pelajar - RM35.00
Ahli Bersekutu - RM125.00
Ahli Seumur Hidup - RM300.00

Memperbaharui keahlian (Keahlian boleh diperbaharui setiap tahun)

Ahli Biasa - RM20.00
Ahli Bersekutu - RM15.00
Ahli Pelajar - RM10.00

*Utk download borang permohonan ahli, sila layari www.perkama.org.my

Friday, September 11, 2009

Hari Interaksi Kaunseling 2009

PENGARAH PROGRAM INTERAKSI KAUNSELING

PEYAKIN TURUT ADA..

PERJALANAN KE KELOMPANG

ORANG PERTAMA YANG SAMPAI

PENDAFTARAN

AJK INTERAKSI KAUNSELING

PEMBAHAGIAN KUMPULAN..

JOM MENDAKI..

SEMPAT LAGI AMIK GAMBAR

BUDAK YANG NAIK SUKU JALAN JE..

SEJUK GILA KAT ATAS NI (POYO JE)

AMY & JA

SENIOR KAUNSELING UM

BACAAN YASSIN


PAK CIK BAS UM YANG "COOL"


Sunday, June 21, 2009

Pendaftaran Kursus Sarjana Muda Kaunseling

pendaftaran dibuka pada 22 Jun 2009 - 28 Jun 2009 mulai jam 9:00 a.m
22 Jun 2009 sehingga 11:59 p.m 28 Jun 2009

Subjek yang perlu dan boleh didaftarkan bagi pelajar tahun 2 adalah:

PPEC2131 Teori Kaunseling (3 jam kreadit)
PPEC2136 Kaedah Penyelidikan dalam kaunseling (3 jam kreadit)
PAEC2137 Masyarakat, Kerjaya dan Pendidikan (3 jam kreadit)
PPEC2102 Perkembangan Di Peringkat Dewasa (3 jam kreadit)
PPEC2303 Personaliti (3 jam kreadit)
PBET2106 Kemahiran Berfikir dan Komunikasi (3 jam kreadit)

hanya 18 jam kreadit sahaja yang boleh diambil bagi tahun ini.....


Thursday, April 30, 2009

Notis untuk semua pelajar kaunseling Fakulti Pendidikan

Pada semester akan datang iaitu pada kemasukan Julai 2009
anda semua dikehendaki memakai baju batik pada setiap
hari khamis bagi memenuhi tuntutan profesion sebagai
seorang yang profesional dalam bidang kaunseling.

Perkara ini telah dibincangkan di dalam mesyuarat MT PERKUM
dan telah dipersetujui oleh semua wakil setiap tahun/semester.

Corak batik adalah bebas mengikut cita rasa pemakai.
Tiada syarat bagi pemilihan corak tetapi perlu dipakai oleh setiap
orang pelajar kaunseling pada setiap hari khamis.



Contoh Baju Batik Perempuan





Contoh Baju Batik Lelaki

Design Baju Koprat Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya

Design Depan


Design Belakang





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ikAn-ikAn belaan PERKUM