Gerbang Bakal Kaunselor

Thursday, December 9, 2010

KENALI TOKOH KAUNSELING : Y. Bhg. Datuk Prof. Dr. Mohd Tajuddin Hj Ninggal

Datuk Prof. Dr. Mohd Tajudin Ninggal, Pengarah, Pusat Kaunseling dan Kerjaya, Universiti Teknologi Malaysia, (UTM) dilantik sebagai Anggota Majlis Penasihat Kaunselor Malaysia mewakili seluruh Institut Pengajian Tinggi Malaysia oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada tahun 2007. Kini sebagai Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Teknologi Malaysia.

Surat Perlantikan yang ditandatangani Menteri berkenaan, YB. Dato' Sri Sharizat bt Abdul Jalil itu adalah bagi tempoh dua tahun mulai 1 Disember 2007 hingga 30 November 2009.

Datuk Prof. Dr. Mohd. Tajudin,47 dilahirkan di Melaka, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Psikologi Kaunseling dari Western Michigan University, Amerika Syarikat telah memulakan kerjaya di UTM sebagai Penolong Pensyarah A di Fakulti Pendidikan. Beliau seterusnya memegang jawatan sebagai pensyarah, Prof. Madya dan Ketua Jabatan sebelum dilantik ke jawatan sekarang.

Sebagai Anggota Majlis Penasihat Kaunselor Malaysia yang diperuntukkan dibawah Seksyen 4, Akta Kaunselor 1998 (Akta 580), beliau berperanan sebagai penasihat kepada Menteri mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan bidang kaunseling dan akta tersebut dan mengenai apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Lembaga Kaunselor.

Sebelum dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Kaunselor, beliau merupakan Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia selama dua penggal mulai 2001 sehingga 2007.

Datuk Prof. Mohd. Tajudin yang juga merupakan Kaunselor Profesional Berdaftar merupakan seorang tokoh psikologi kaunseling yang berpengalaman luas dan dikenali di peringkat kebangsaan. Antaranya, beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA).

Di peringkat antarabangsa pula, beliau sangat aktif dan banyak menyumbang kepakarannya dalam aspek penyelidikan dan perundingan psikologi kaunseling. Atas sumbangan, ketokohan dan kepimpinannya beliau telah dianugerahkan Pingat Emas oleh Association of Counselor Education & Supervision (ACES), Amerika Syarikat dan telah dilantik sebagai seorang Ahli Lembaga oleh Association of Psychological Counselors and Educators of Asia Pacific (APECA) yang beribu pejabat di Manila, Filipina sejak 2003 sehingga kini.

3 comments:

kaunselorpelatihutm said...

salam...mohon kongsi info ni ye.. =)

Persatuan Kaunseling Universiti Malaya said...

dialu-alukan, silakan.. =)

Anonymous said...

assalamualaikum,, saya ingin tahu Y. Bhg. Datuk Prof. Dr. Mohd Tajuddin Hj Ninggal mnggnakan teori apa
dalam pdkatan kaunseling dan kaunselor..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ikAn-ikAn belaan PERKUM