Gerbang Bakal Kaunselor

Wednesday, June 22, 2011

Cadangan wujudkan jabatan kaunseling

KUALA LUMPUR 22 Jun - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang menubuhkan Jabatan Kaunseling bagi menjadikan bidang kaunseling di negara ini lebih berstruktur dan profesional.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) berkata, pelan strategik penubuhan tersebut akan dirangka dalam tempoh terdekat ini sebelum diserahkan kepada Kabinet.

Bagaimanapun tegas beliau, untuk menjayakan penubuhan tersebut, para pengamal kaunseling tempatan perlu berkemahiran, berdaftar dan memiliki Sijil Perakuan Amalan yang sah dengan Lembaga Kaunselor Malaysia (LKM).

"Menerusi penubuhan Jabatan Kaunseling, kita akan dapat berkumpul di bawah satu bumbung mengatur pelan strategik bagi memantapkan perkhidmatan dan meningkatkan tahap profesionalisme kaunseling di negara ini.

"Ini memandangkan bidang kaunseling dan kaunselor memainkan peranan penting dan kritikal dalam pembangunan sosial negara dan mereka ini perlu diiktiraf.

"Tetapi saya masih tidak berpuas hati dengan pendaftaran di kalangan pengamal kaunseling di negara ini," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Kaunseling 2011 anjuran Persatuan Kaunselor Malaysia (Perkama) di sini hari ini.

Shahrizat berkata, sehingga kini hanya terdapat 2,194 kaunselor yang berdaftar dengan sejumlah 1,595 kaunselor lagi memiliki Sijil Perakuan Amalan sedangkan kecekapan para kaunselor adalah mustahak mengikut Akta Kaunselor 1998.

Dianggarkan terdapat lebih 7,000 lepasan ijazah, sarjana dan doktor falsafah dalam bidang kaunseling yang masih belum mendaftar di negara ini.

Terdahulu dalam ucapannya Shahrizat berkata, kaunseling amat penting untuk mengembalikan aspek kemanusiaan memandangkan bidang tersebut melibatkan proses mental, pemikiran dan tingkah laku manusia yang menjadi teras kepada kekuatan diri individu dan masyarakat.

Justeru kata beliau, sudah tiba masanya persepsi bahawa perkhidmatan kaunseling ditawarkan untuk mereka yang bermasalah dan mampu membayar perkhidmatannya diubah kerana ia adalah untuk segenap lapisan masyarakat.

Beliau seterusnya mempelawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkama untuk membantu usaha kementerian memberi perkhidmatan kepada masyarakat yang tinggal di kawasan berisiko tinggi yang memerlukan sokongan khususnya kaunseling.

Jelasnya, ia termasuk mengenal pasti jenis permasalahan dan ahli keluarga yang memerlukan khidmat sokongan mengikut keperluan.


sumber dr : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

p/s : Oleh itu, pihak PERKUM menyeru kepada semua pengamal-pengamal kaunseling di Malaysia supaya berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia dan PERKAMA sendiri. Tidak ada sebarang kerugian jika anda berdaftar sebaliknya ia akan membuatkan bidang ini lebih dipercayai dan diiktiraf oleh masyarakat. Kerajaan sedia memberi jalan dan ruang kepada profesion ini namun semuanya terletak ditangan pengamal-pangamal kaunseling di Malaysia yang inginkan profesion ini terus maju dan berkembang dengan profesionalnya setaraf dengan bidang kaunseling di barat yang rata-ratanya dikenali dan setaraf dengan bidang-bidang profesional yang lain.

Tuesday, June 14, 2011

TERAPI PSIKOLOGI SECARA KEROHANIAN

SATU PENDEKATAN BARU

Terapi kaunseling secara kerohanian (Agama) adalah satu konsep yang telah digunakan oleh junjungan Nabi S.A.W. dan para sahabat dalam merawat diri dan jiwa melalui terapi agama dengan menggunakan ayat-ayat Allah S.W.T disamping menunaikan solat dan melakukan amal kebaikan sesama makhluk.

Ini berdasarkan kepada firman Alah dalam surah Bani Israel : 82 yang bermaksud :

" Dan Kami turunkan dari Al-quran yang menjadi penawar dan Rahmat bagi orang-orang yang beriman".

Begitu juga maksud ayat Al-Quran dalam surah Yunus : 57 bermaksud :

" Wahai manusia telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman".

Beberapa pakar psikologi barat berpendapat bahawa penyakit-penyakit jiwa yang menimpa manusia mempunyai perkaitan yang rapat dengan agama. Antara pendapat yang menyokong fakta di atas ialah :

    1. Profesor. Dr. C.G.Jung dalam bukunya " Modern Man In Search Of A Soul" menyatakan sebagai berikut : Antara para pesakit saya yang sudah berusia lingkungan 35 tahun tidak seorang pun yang menghadapi tekanan jiwa tidak mempunyai kaitan dengan agama.
    2. Profesor. J.G.MacKenzie, memberikan pendapat sebagai berikut : " Para pesakit jiwa sembuh, bukanlah kerana pengetahuan mereka yang sempurna tentang ilmu perubatan dan bukan juga kerana mereka pakar sakit jiwa, melainkan kerana kecekapan mereka dalam bidang agama".
    3. Dr. Wadfield menegaskan sebagai berikut : " Saya telah mencuba menyembuhkan penyakit saraf dengan pengisyaratan ketegangan dan kepercayaan tetapi usaha ini baru berhasil dengan jayanya, sesudah ia dihubungkan dengan keyakinan akan kekuasaan Tuhan".

Dalam hal ini menunjukkan bahawa ahli-ahli kedoktoran Amerika Syarikat dan Eropah serta pakar Psikologi Barat menegaskan bahawa KEPENTINGAN PENGETAHUAN PSIKOLOGI DAN AGAMA DIGUNAKAN BERSAMA-SAMA DALAM PROSES MERAWAT DAN MENYEMBUH PENYAKIT-PENYAKIT MANUSIA". Tepat dengan ucapan seorang ahli falsafah terkenal bernama IBNU QAIYIM AL JAUZI dalam kitabnya yang berjudul ZADUL –MA’AD, bahagian ketiga, muka surat 110-111 (cetakan Mesir tahun 1928) beliau berkata :

" Setiap Doktor tidak dapat menyembuhkan pesakit dengan pemeriksaan jiwanya, dan tidak dapat memberikan rawatan kepada para pesakitnya, selain mereka beramal soleh, menghubungkan diri dengan Allah, dan mengingat hari akhirat. Jika tidak mereka bukanlah doktor yang sebenarnya bahkan merupakan calon doktor yang masih lemah".

Diharapkan para ahli psikologi dan kaunselor dapat menggunakan kaedah psikologi kerohanian (Agama) sebagai satu pendekatan baru. Kita tidak dapat menafikan bahawa semua makhluk termasuk manusia dicipta oleh Allah. Dia sangat mengetahui ciptaan-Nya dan jika manusia itu sakit maka gunakanlah "manual" Allah iaitu Al-Quran.

Beberapa panduan yang boleh digunakan sebagai terapi psikologi jiwa ialah:

a) Penumpuan kepada sesuatu perkara

  • Membaca ayat 1-5 dari surah Thaha
  • Membaca ayat 200 surah Ali Imran

b) Menghafal pelajaran (tidak mudah lupa)

  • Membaca penghulu taubat

c) Mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran

  • Membaca surah Thaha ayat 1-5
  • Membaca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali )
  • Membaca bismillah 5 (3 kali )

d) Mengurangkan kebimbangan dan ketegangan

  • Membaca surah Al-Insyirah
  • Memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah

Bagi para pembaca yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai panduan di atas anda bolehlah datang atau menghubungi Pusat Kaunseling MAINS di alamat berikut :

Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PKMAINS)
( Cawangan Seremban )
51 & 53, Tingkat 1, Terminal One Shopping Complex,
20B, Jalan Lintang, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.
No Tel : 06-7679905 Fax : 06-7679906

----------------------------

"KAMI SEDIA HULUR BANTUAN, ANDA PULANG DENGAN SENYUMAN"

Sumber dr : http://mains.gov.my/pkmains/Perkahwinan%20Dan%20Kehidupan.html

Sunday, June 12, 2011

JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERKAMA KALI KE 18


Semua ahli PERKAMA dijemput ke Mesyuarat Agung Tahunan PERKAMA kali ke 18 yang akan di adakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 22hb Jun 2011 (Rabu)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Auditorium Utama, Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, KL

Sehubungan itu, anda semua dialu-alukan hadir bagi mengikuti perkembangan terkini persatuan dan seterusnya melantik kepimpinan baru bagi menerajui legasi PERKAMA dalam memartabatkan profesion menolong sebagai satu profesion yang profesional dan diiktiraf sekaligus menjadi rujukan seperti mana American Counseling Association (ACA).

JEMPUTAN BAGI MENGIKUTI PERKAMA INTERNATIONAL CONVENTION


ANDA SEMUA DI JEMPUT UNTUK MENGHADIRI PERKAMA INTERNATIONAL CONVENTION DI AKADEMI KENEGARAAN, KUALA LUMPUR, MALAYSIA PADA
22-23 JUN 2011


SEBARANG PERTANYAAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI EN. SAFFUAN
DI TALIAN 014-3382689
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ikAn-ikAn belaan PERKUM