Gerbang Bakal Kaunselor

Wednesday, November 9, 2011

KENALI TOKOH KAUNSELING : Profesor Dr. Suradi Salim


Profesor Dr. Suradi Salim ialah seorang Profesor dalam bidang Psikologi Kaunseling di Universiti Malaya. Kepakarannya adalah dalam bidang Penyeliaan Kaunselor, Perkembangan psikologi, psikologi intervensi, pengukuran psikologi, kesihatan mental dan Kaunseling kerjaya. Beliau telah menerbitkan banyak penulisan akademik di dalam pelbagai penerbitan dan aktif dalam memperkasakan penjelajahan keilmuan kaunseling melalui penyelidikan.

Profesor Dr. Suradi Salim merupakan pemegang sarjana muda di Universiti Malaya dan telah melanjutkan pelajaran dalam bidang kaunseling sehingga peringkat kedoktoran di Western Michigan University, Kalamazoo. Beliau pernah berkhidmat sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah dan menengah sebelum berkhidmat di Universiti Malaya sebagai seorang pensyarah. Kini, beliau masih setia di Universiti Malaya sebagai Senior Research Fellow sehingga sekarang.

Profesor Dr. Suradi Salim juga pernah menjadi Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) pada tahun 2003 sehingga 2005. Berbekalkan pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang ini telah melayakkan beliau menjadi sebahagian daripada Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia yang bertindak sebagai salah seorang yang mengawal selia perkhidmatan kaunseling dan menggubal dasar perkhidmatan kaunseling yang berkaitan.

Selain itu, beliau merupakan pengerusi bagi jawatankuasa standard kelayakan dan latihan yang bertindak sebagai panel dalam kelayakan perlesenan kaunselor. Kesungguhan dan kepakaran beliau sangat berguna kepada masyarakat Malaysia terutama dalam perkembangan kaunseling di Malaysia.

Tidak hairanlah, beliau sering kali mendapat tempat bagi mendapatkan nasihat, pandangan dan bimbingan oleh masyarakat terutama pihak media yang sering kali mendapatkan pandangan beliau berkenaan isu-isu semasa sesuai dengan gelarannya pakar psikologi kaunseling.

2 comments:

fiziesss said...

Salam, maaf sy terpaksa berkomunikasi di sini sebab nampaknya blog saudara/i tidak ada fungsi contact..sy cuma nak maklumkan saudara/i tersalah memasukkan link web saya..sy telah berpindah alamat web iaitu ke www.xpresi.org...yang benar xpresi super administrator..terima kasih..

Anonymous said...

Al-fatihah untuk almarhum Prof. Suradi. semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 soleh. amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ikAn-ikAn belaan PERKUM