Gerbang Bakal Kaunselor

Friday, November 6, 2009

Persidangan Kebangsaan Kaunseling 2009



Kami menjemput tuan/puan menghadiri persidangan tahunan PERKAMA (Persatuan Kaunseling Malaysia) 2009 yang diselenggarakan oleh UPSI sebagai penganjur utama bagi tahun ini. Skop persidangan pada tahun ini diperluaskan supaya merangkumi semua aspek dan bidang kehidupan masyarakat yang memerlukan perkhidmatan kaunseling ke arah memperkasakan masyarakat sejahtera, mempunyai jiwa dan minda yang lapang, yang akhirnya akan menjadi warganegara yang produktif, gembira, bahagia dan aman sentosa. Kami memilih tema ini untuk memberikan penekanan khusus terhadap pentingnya peranan kaunseling sebagai penawar bagi ‘menyembuhkan’ pelbagai penyakit masyarakat yang menyebabkan mereka menghadapi tekanan dan stres, kemurungan, ketakutan, rasa mahu membunuh diri dan sebagainya. Persidangan ini akan membincangkan topik-topik utama melalui sub-tema berikut:

1.
Kaunseling Sekolah (School Counseling)
2. Psikologi Kaunseling dan Terapi (Counseling Psychology & Therapy)
3. Kaunseling Perkahwinan, Keluarga dan Kanak-kanak (Marriage, Family & Child Counseling)
4. Kaunseling Keagamaan (Islam atau Lain-lain Agama) (Spiritual Counseling)
5. Kaunseling Kesihatan Mental (Mental Health Counseling)
6. Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya (Career Guidance & Counseling)
7. Kaunseling Genetik (Genetic Counseling)
8. Kaunseling di Tempat Kerja/Industri/Organisasi (Counseling in the Work Place/Industry/Organization)
9. Kaunseling Penyalahgunaan Dadah (Drugs Abuse Counseling)
10. Intervensi Krisis (Crisis Intervention)

Tarikh : 3-5 November 2009

Tema : "Strengthening Individuals, Families &
Communities through Quality Counseling Services"

Lokasi : Palace Of The Golden Horses , Seri Kembangan, Selangor

Tarikh penting : Penghantaran Abstrak : 20 Ogos 2009
Penghantaran Kertas Kerja : 30 September 2009


Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi Urusetia melalui maklumat berikut :-

Tel : 605-4506677 / 6107 / 6001 / 6119
Emel : pkk09@upsi.edu.my Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Laman Web : http://pkk09.upsi.edu.my


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ikAn-ikAn belaan PERKUM