Gerbang Bakal Kaunselor

Friday, November 6, 2009

Maklumat Kaunseling Secara Am

l

1. Kaunseling Sekolah
- Kaunseling kepada pelajar-pelajar yang menghadapi masalah disiplin,
tekanan rakan sebaya, kecewa cinta, gagal peperiksaan dan sebagainya.
- Pelajar berkeperluan khas
- Kaunseling remaja dan seksualiti
- Proses pencegahan, intervensi dan motivasi belajar
- Latihan dan Kemahiran kaunselor sekolah

2. Psikologi kaunseling dan terapi
- Teori, program dan pengalaman mendiagnosis, merawat dan memulih
klien
- Aspek terapi dan kaedah-kaedah terapi seperti hipnotism, yoga dan
sebagainya

3. Kaunseling perkahwinan, keluarga dan kanak-kanak
- Perkhidmatan kaunseling dalam aspek perkahwinan, perceraian,
keganasan rumahtangga
- Isu penderaan kanak-kanak, mangsa rogol, kesedihan kerana kematian,
anak yatim, wanita mengandung luar nikah
- Kaunseling pengurusan kredit
- Aplikasi kaunseling keluarga dalam mencegah dan merawat klien

4. Kaunseling keagamaan
- Program-program kaunseling keagamaan
- Intervensi keagamaan bagi memulih dan merawat pelbagai masalah
seperti ketagihan dadah, penyakit kronik, histeria, kecenderungan
membunuh diri dan sebagainya.

5. Kaunseling dalam Kesihatan Mental
- Kaunseling kesihatan mental
- Isu kemurungan, trauma, kecacatan otak
- Kaunseling warga emas dan ibu tunggal

6. Bimbingan dan kaunseling kerjaya
- Perancangan kerjaya pelajar-pelajar di sekolah dan institusi pengajian
tinggi
- Perancangan kerjaya pekerja-pekerja di sektor awam dan swasta serta
membuat keputusan kerjaya dan pembelajaran sepanjang hayat

7. Kaunseling genetik
- Kaunseling kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak kurang upaya,
cacat semasa dilahirkan, autism, ADHD, talasemia, cerebral palsy dan
sebagainya

8. Kaunseling di tempat kerja / organisasi
- Meliputi kaunseling dalam aspek meningkatkan produktiviti kerja,
hubungan rakan sekerja, gangguan seksual di tempat kerja, tekanan kerja
dan sebagainya

9. Kaunseling Penyalahgunaan Dadah
-Merangkumi aspek pencegahan dan pemulihan dadah, pendekatan rawatan matrik untuk penagih dadah, modul rawatan dan pemulihan dadah, kementerian dan agensi-agensi yang terlibat seperti KDN, PDRM, AADK, PEMADAM dan sebagainya.

10. Intervensi Krisis
-Menjalankan intervensi krisis/trauma akibat kematian orang tersayang, mengalami bencana yang tidak diduga seperti tsunami, peperangan, tanah runtuh dan sebagainya. Membincangkan langkah-langkah dan praktis khusus untuk membantu masyarakat menghadapi krisis.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ikAn-ikAn belaan PERKUM