Gerbang Bakal Kaunselor

Wednesday, January 5, 2011

KAUNSELING KELUARGA & RUMAHTANGGA DARI PERSPEKTIF TERAPI FAMILI STRUKTUR


PENGENALAN

Adat berumahtangga tidak pernah terlepas dari dugaan Tuhan apatah lagi hidup di zaman serba moden dan mencabar. Komitmen terhadap kerjaya, rumahtangga, keluarga, masyarakat jika tidak diimbangi dengan bijaksana mampu sahaja menjerat individu terjebak dengan konflik mahupun masalah yang berpanjangan. Sememangnya sebagaimana yang pernah dibincangkan di dalam kuliah, matlamat perkahwinan itu sendiri harus jelas, tanggungjawab, peranan mahupun hak yang dimainkan oleh pihak yang terlibat dalam sistem perkahwinan mahupun rumahtangga harus difahami, dihayati dan dizahirkan melalui perbuatan secara adil dan bijaksana. Bukan sahaja atas tiket, tanggungjawab semata-mata TETAPI dengan penuh rasa kasih sayang dan ’ruh’ atau ’jiwa’ yang mendalam. Memang tidak dinafikan, membicarakan isu ini sebenarnya tidak semudah yang disangka namun insyaAllah dengan kefahaman dan aspirasi matlamat perkahwinan yang jelas untuk mencari kebaikan malah lebih cantik lagi atas platform memburu redha Allah segala-galanya akan lebih mudah nanti. Pembinaan institusi perkahwinan yang memiliki ketetapan, peraturan dan pensempadanan yang disepakati bersama, dilaksanakan dan dipatuhi insyaAllah mampu menjamin kesinambungan kehidupan keluarga yang harmonis, ceria dan sejahtera.

Menerusi pendekatan TERAPI FAMILI STRUKTUR serta kombinasi pendekatan TRANSAKSIONAL ANALISIS diharap berupaya membantu pasangan dalam menstruktur kembali sistem dalam rumahtangga yang dilanda konflik mahupun masalah. TERAPI FAMILI STRUKTUR merupakan asas kepada penstrukturan semula manakala TRAKSAKSIONAL ANALISIS pula sebagai medium yang membantu perlaksanaannya dimana ianya membantu dari segi keberkesanan komunikasi dan interaksi rumahtangga dan keluarga yang lebih berkesan dan mantap. Kolaborasi kedua-dua pendekatan ini diharap membantu memberi nafas baru terhadap suasana rumahtangga yang diimpikan.

ASAS KEPADA TERAPI FAMILI STRUKTUR

Antara mereka yang memainkan peranan terhadap kewujudan TEORI FAMILI STRUKTUR ini adalah Braulio Montalvo, Bernice Rosman, Harry Aponte dan Charles Fishman. Walaubagaimanapun Salvador Minuchin merupakan pengasas yang paling dikenali menerusii teori TERAPI FAMILI STRUKTUR ini. Minuchin menyedara bahawasanya bagi menghasilkan kejayaan dalam terapi, dramatik dan intervensi yang aktif perlulah diberi penekanan. Beliau telah mengenalpasti 2 corak aliran yang dominan dalam keluarga yang bermasalah iaitu hubungan yang ’emmeshed’ , huru-hara ataupun ’disengaged’, ataupun terpisah yang mana jaringan hubungan yang berkesan dan mantap dalam sistem kekeluargaan mahupun rumahtangga.

Terapi ini mempunyai andaian bahawasanya sesebuah perkahwinan ataupun keluarga itu dapat difahami dan dibantu secara berkesan berdasarkan penilaian terhadap sub-sistem yang wujud dan interaksi juga jalinan yang dimainkan dikalangan mereka. Penekanan yang diberikan dalam terapi ini melibatkan 3 elemen penting iaitu 1) ROLES ~ Peranan, 2) RULES ~ Peraturan dan 3) POWER ~ Kuasa. Setiap institusi perkahwinan mempunyai struktur mereka yang tersendiri, mempunyai pengaruh unsur kebaikan dan sebaliknya. Ketiga-tiga elemen ini perlulah diberikan penekanan dan dilaksanakan secara seimbang, adil dan bijaksana bagi menjamin kebajikan dan hak ahli di dalamnya tetap terus terpelihara. Secara umumnya dalam isu ini sistem yang mempunyai ciri keterbukaan dan memiliki struktur yang bertepatan mempunyai ruang dan peluang untuk pulih dan berfungsi lebih baik untuk jangka masa panjang. Ianya bukan sahaja menekankan aspek perkahwinan secara HOLISTIK tetapi juga dikalangan ahli sub-sistem sebagai sub-unit

Proses memahami konflik ini dapat dilihat menerusi corak interaksi sub-sistem dalam konteks perkahwinan atau rumahtangga dimana :
i) Pasangan dilihat sebagai klien
ii) Harapan atau keyakinan untuk pulih itu dilakukan berdasarkan pendekatan penstrukturan semula sistem yang wujud dalam perkahwinan.
iii) Kejayaan atau perubahan yang berterusan bergantung kepada keupayaan sistem perkahwinan itu melakukan penyesuaian yang seimbang, bijaksana dan membina kerjasama yang utuh di kalangan ahlinya

Sub-sistem di sini mewakili unit kecil yang terdapat di dalam rumahtangga mahupun perkahwinan yang memainkan peranan sebagai pasangan suami isteri, ibubapa, anak dan adik-beradik. Sebuah perkahwinan atau rumahtangga tidak berupaya berfungsi dengan baik sekiranya tiada komitemen mahupun kerjasama yang dimainkan secara berkesan oleh sub-sistem ini.

Apabila kita membincang, perkahwinan atau rumahtangga itu sebagai satu sistem kita tidak dapat lari daipada membicarakan tentang isu bondary. Boundary disini mewakili faktor perbezaan yang melibatkan fizikal dan psikologi di antara seorang individu dengan individu yang lain. Menurut Lily (2001), boundary ini juga boleh diterjemahkan sebagai kawasan. Ianya merupakan pensempadanan psikologi yang dimiliki oleh setiap orang individu yang berada di dalam sebuah sistem. Setiap individu atau sub-sistem seharusnya bijaksana menjaga dan memelihara garis pesempadanan mereka agar tidak dicerobohi atau dibolosi pihak lain.

Terdapat 3 ciri boundary iaitu :
I) Clear ~ dimana garis pesempadanan psikologi dan fizikal yang diwakili adalah jelas dan nyata.
II) Rigid ~ dimana garis pesempadanan psikologi dan fizikal yang diwakili adalah terlalu ketat hingga sukar untuk menjalinkan perhubungan yang sihat bersama-sama sub-sistem yang lain
III) Difffuse ~ dimana garis pesempadanan psikologi dan fizikal yang diwakili agak keliru dan bekeceramuk.

Di dalam pendekatan PENSTRUKTURAN SEMULA sub-sistem dan boundary ini, TERAPI FAMILI STRUKTUR adalah berasaskan kepada :
i) Roles ~ Komitmen dan peranan yang seharusnya dimainkan secara mantap dan berkesan oleh sub-sistem yang mewakili perkahwinan ataupun rumahtangga.
ii) Rules ~ Undang-undang ataupun syarat yang disepakati bersama dan perlu dipatuhi serta dilaksanakan bagi menjamin kelangsungan fungsi sebuah sistem yang efektif dan berjaya
iii)Power ~ Kuasa yang perlu dimainkan secara adil, bijaksana dan berkesan dalam memantau sub-sistem agar berupaya berfungsi dengan baik dan harmoni.

Apa yang dapat disimpulkan disini, AMAT PENTING SEKALI DALAM PEMBENTUKAN SEBUAH KELUARAGA YANG HARMONI, IDEAL DAN SEJAHTERA KESEPAKATAN KETIGA-TIGA ELEMEN TADI DIPERSETUJUI DAN DIPATUHI DAN DIFAHAMI SETIAP AHLI DALAM INSTITUSI KELUARGA ATAU RUMAHTANGGA TERSEBUT. Ketidakseimbangan, kecelaruan dan ketidakfahaman tentang HAK, PERANAN DAN KUASA yang dimainkan secara tidak langsung akan menggugat kesinambungan penjanaan sebuah keluarga yang sejahtera dan bahagia.

Sumbangan dari sahabat.. .

Salam Ukhwah ;
Pn Aniz Hj Anwar ~ 012-3915362 /YM: nizwar75
Master Science In Counselling
Counsellor / Therapistr
Nur Qudrah Holistic Solution

PERKHIDMATAN KAUNSELING DI JABATAN AGAMA ISLAM


KAUNSELING

Suatu proses menolong dalam pertemuan bersemuka yang melibatkan perhubungan dua hala di antara seorang yang terlatih dengan suami dan, atau isteri yang terperangkap dalam suatu keadan yang sukar di atasi.



BENTUK KAUNSELING
  • Individu
  • Bergabung/bersama
  • Serentak
  • Keluarga
  • Penceraian


KATEGORI KAUNSELOR DI JABATAN AGAMA ISLAM
  • Profesional
  • Spara Profesional
  • Tidak Profesional


PROFESIONAL
  • Ijazah dalam Pengajian Islam
  • Latihan Formal dalam Perkhidmatan Menolong (Kaunseling/Psikologi) peringkat Ijazah/Diplima Lanjutan
  • Pengalaman
  • Mempunyai Perwatakan/Personaliti yang bersesuaian


SPARA PROFESIONAL
  • Ijazah/Diploma dalam Pengajian Islam
  • Latihan Asas Kunseling/Psikologi/Kursus JangkaPendek/Sijil
  • Pengalaman
  • Memiliki Perwatakan/Personaliti yang bersesuaian


TIDAK PROFESIONAL
  • Mempunyai Asas dalam Pengajian Islam tetapi tidak sampai peringkat Ijazah/Diplima
  • Latihan asas/tiada latihan asas
  • Pengalaman tidak berpengalaman
  • Memiliki perwatakan/personaliti yang besesuaian


SUAMI ISTERI YANG MEMERLUKAN KAUNSELING
  • Berkonflik
  • Mengalami tekanan/Stres
  • Sukar berinteraksi dengan pasangan
  • Ingin berkongsi masalah
  • Memerlukan pengukuhana emosi
  • Memerlukan bimbingan/panduan
  • Ingin memahami peraturan/prosedur
  • Ingin mempertingkatkan kemahiran diri
  • Memulihkan perhubungan dengan ahli keluarga
  • Memahami diri sendiri, pasangan dan ahli keluarga
  • Mengenalpasti masalah


MATLAMAT KAUNSELING


Membantu Suami Isteri
  • Menyelesaikan konflik
  • Memahami tanggungjawab
  • Mengubah tingkahlaku yang tidak adaptif (tidak berfaedah)
  • Memulihkan perhubungan
  • Memahami prosedur/tuntutan dan perbicaraan di mahkamah
  • Memahami diri sendiri dan orang lain yang signifikan (kaitan rapat)
  • Mempertingkatkan kemahiran diri
  • Membina sikap asertif (berterus-terang) serta keyakinan diri
  • Mengenalpasti masalah, memilih alternatif dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil
  • Merujuk masalah kepada institusi yang tepat


TATACARA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING
  • Suami Isteri hadir di Jabatan Agama Islam Negeri mengikut tempat mastautin
  • Isi borang yang disediakan
  • Lampirkan salinan surat nikah/rujuk nikah dan kad pengenalan
  • Dapatkan nombor rujukan/tarikh temujanji


TANGGUNGJAWAB KLIEN
  • Bersedia/kerelaan sendiri
  • Memberikan kerjasama
  • Bertanggungjawab terhadap keputusan yang diambil
  • Melaksanakan tindakan
  • Bertingkah-laku (penampilan) sopan/beradab
  • Bersikap jujur/ikhlas
  • Menghormati kaunselor
  • Mengelakkan bertelagah/bertengkar
  • Hadir pada masa dan tarikh yang ditetapkan (ada temujanji)
  • Bersabar dan bertenang
  • Mematuhi peraturan/undang-undang


TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR
  • Menghormati klien
  • Berlaku adil/tidak bais
  • Sabar dan ikhlas
  • Tidak menghukum
  • Tidak banyak bercakap
  • Menggalakan klien bercakap
  • Bersedia dan menunjukkan minat
  • Memahami masalah klien (empati)
  • Mendengar dengan teliti
  • Berupaya mempelbagaikan alternatif
  • Mewujudkan suasana teraputik
  • Berusaha mencipta kemaslahatan
  • Membantu klien membuat keputusan
  • Menyediakan laporan yang diperlukan oleh klien
  • Mengelakan daripada berlakunya "transparence"


ETIKA KAUNSELOR
  • Menghormati klien
  • Tidak bais (berlaku adil)
  • Tidak menghukum
  • Menjaga masa
  • Menjaga rahsia
  • Mendorong ke arah melakukan ma'aruf


KAREKTOR SUAMI ISTERI SEMASA BERADA DALAM SESI
  • Sedih/murung/bingung
  • Agresif/marah/baran
  • Pasif/perlu bimbingan
  • Memutar belit fakta/memburuk-buruk
  • Menguasai sesi/ingin menang
  • Mendesak
  • Mengancam/menggugut
  • Takut/bimbang/risau
  • Mengalah/menurut kata


SESI KAUNSELING
  • Hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan
  • Sesi mengambil masa di antara 45 minit @1 jam
  • Dikendalikan oleh seorang kaunselor
  • Suami isteri dan kaunselor mempunyai peranan bagi menjayakan sesi kaunseling


PERANAN KAUNSELOR
  • Menjemput klien
  • Membuat pendahuluan
  • Memberi layanan yang baik
  • Mengenalpasti masalah
  • Menggalakkan klien bercakap
  • Mengkategorikan masalah
  • Menyusunikut keutamaan
  • Menggunakan strategi pertolongan
  • Mengemukakan alternatif
  • Membantu klien membuat pilihan dan keputusan/membuat pertimbangan
  • Memeriksa/mendapatkan komitmen klien
  • Membuat rumusan/penutup/temujanji semula


PERANAN KLIEN (SUAMI ISTERI)
  • Mempunyai matlamat yang jelas
  • Mempunyai keyakinan/kepercayaan kepada kaunselor
  • Bersikap jujur dalam membentangkan masalah
  • Mengawal diri daripada bertingkahlaku agresif/dikuasai emosi/tindakan negatif terhadap pasangan/kaunselor
  • Memberikan komitmen/kerjasama
  • Bersedia melakukan perubahan positif menerima pandangan
  • Bertanggungjawab kepada keputusan yang diambil


KEJAYAAN KAUNSELING
  • Klien memberi kerjasama
  • Klien bermotivasi untuk berubah
  • Kaunselor mempunyai ilmu kemahiran dan pengalaman
  • Matlamat kaunselor dan klien sama
  • Kaunselor mengguna strategi pertolongan yang tepat
  • Tempat kaunseling yang selesa dan kondusif


KEBAIKAN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING
  • Masalah dapat dikesan di atasi pada peringkat awal
  • Hubungan suami isteri menjadi mesra dan harmoni
  • Mempertingkatkan kemahiran dan keupayaan diri
  • Membina keluarga bahagia
  • Menyelesaikan konflik secara baik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ikAn-ikAn belaan PERKUM