SATU PENDEKATAN BARU
Terapi kaunseling secara kerohanian (Agama) adalah satu konsep yang telah digunakan oleh junjungan Nabi S.A.W. dan para sahabat dalam merawat diri dan jiwa melalui terapi agama dengan menggunakan ayat-ayat Allah S.W.T disamping menunaikan solat dan melakukan amal kebaikan sesama makhluk.
Ini berdasarkan kepada firman Alah dalam surah Bani Israel : 82 yang bermaksud :
" Dan Kami turunkan dari Al-quran yang menjadi penawar dan Rahmat bagi orang-orang yang beriman".
Begitu juga maksud ayat Al-Quran dalam surah Yunus : 57 bermaksud :
" Wahai manusia telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman".
Beberapa pakar psikologi barat berpendapat bahawa penyakit-penyakit jiwa yang menimpa manusia mempunyai perkaitan yang rapat dengan agama. Antara pendapat yang menyokong fakta di atas ialah :
- Profesor. Dr. C.G.Jung dalam bukunya " Modern Man In Search Of A Soul" menyatakan sebagai berikut : Antara para pesakit saya yang sudah berusia lingkungan 35 tahun tidak seorang pun yang menghadapi tekanan jiwa tidak mempunyai kaitan dengan agama.
- Profesor. J.G.MacKenzie, memberikan pendapat sebagai berikut : " Para pesakit jiwa sembuh, bukanlah kerana pengetahuan mereka yang sempurna tentang ilmu perubatan dan bukan juga kerana mereka pakar sakit jiwa, melainkan kerana kecekapan mereka dalam bidang agama".
- Dr. Wadfield menegaskan sebagai berikut : " Saya telah mencuba menyembuhkan penyakit saraf dengan pengisyaratan ketegangan dan kepercayaan tetapi usaha ini baru berhasil dengan jayanya, sesudah ia dihubungkan dengan keyakinan akan kekuasaan Tuhan".
Dalam hal ini menunjukkan bahawa ahli-ahli kedoktoran Amerika Syarikat dan Eropah serta pakar Psikologi Barat menegaskan bahawa KEPENTINGAN PENGETAHUAN PSIKOLOGI DAN AGAMA DIGUNAKAN BERSAMA-SAMA DALAM PROSES MERAWAT DAN MENYEMBUH PENYAKIT-PENYAKIT MANUSIA". Tepat dengan ucapan seorang ahli falsafah terkenal bernama IBNU QAIYIM AL JAUZI dalam kitabnya yang berjudul ZADUL –MA’AD, bahagian ketiga, muka surat 110-111 (cetakan Mesir tahun 1928) beliau berkata :
" Setiap Doktor tidak dapat menyembuhkan pesakit dengan pemeriksaan jiwanya, dan tidak dapat memberikan rawatan kepada para pesakitnya, selain mereka beramal soleh, menghubungkan diri dengan Allah, dan mengingat hari akhirat. Jika tidak mereka bukanlah doktor yang sebenarnya bahkan merupakan calon doktor yang masih lemah".
Diharapkan para ahli psikologi dan kaunselor dapat menggunakan kaedah psikologi kerohanian (Agama) sebagai satu pendekatan baru. Kita tidak dapat menafikan bahawa semua makhluk termasuk manusia dicipta oleh Allah. Dia sangat mengetahui ciptaan-Nya dan jika manusia itu sakit maka gunakanlah "manual" Allah iaitu Al-Quran.
Beberapa panduan yang boleh digunakan sebagai terapi psikologi jiwa ialah:
a) Penumpuan kepada sesuatu perkara
- Membaca ayat 1-5 dari surah Thaha
- Membaca ayat 200 surah Ali Imran
b) Menghafal pelajaran (tidak mudah lupa)
- Membaca penghulu taubat
c) Mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran
- Membaca surah Thaha ayat 1-5
- Membaca surah Ikhlas, Fatihah, Ayat Kursi (1 kali )
- Membaca bismillah 5 (3 kali )
d) Mengurangkan kebimbangan dan ketegangan
- Membaca surah Al-Insyirah
- Memperbanyakkan selawat kepada Rasulullah
Bagi para pembaca yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai panduan di atas anda bolehlah datang atau menghubungi Pusat Kaunseling MAINS di alamat berikut :
Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PKMAINS)
( Cawangan Seremban )
51 & 53, Tingkat 1, Terminal One Shopping Complex,
20B, Jalan Lintang, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.
No Tel : 06-7679905 Fax : 06-7679906
----------------------------
"KAMI SEDIA HULUR BANTUAN, ANDA PULANG DENGAN SENYUMAN"
Sumber dr : http://mains.gov.my/pkmains/Perkahwinan%20Dan%20Kehidupan.html
1 comment:
salam. untuk x mudah lupa dalam pelajaran tu penghulu taubat tu boleh detailkan lagi x??
Post a Comment