Gerbang Bakal Kaunselor

Saturday, June 2, 2012

TAHNIAH PRESIDEN LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA 2012 - 2014, Y. Bhg. Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Bin Che Din


Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia
Pertama saya ingin mengucap syukur pada Illahi dengan limpah kurnianya jua kita masih dapat bersama-sama menikmati kehidupan di negara kita yang aman damai tercinta ini.
Saya juga ingin ucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Y.B. Senator Dato' Sri Shahrizat binti Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang telah melantik saya sebagai Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia sesi 2012/2014. Ini bermakna Y.B. Menteri meletakkan kepercayaan kepada saya serta Ahli Lembaga Kaunselor yang baru bagi menerus dan melonjakan lagi peranan kaunselor di negara ini.
Saya dan sahabat-sahabat lain dalam Lembaga Kaunselor Malaysia sememang faham dan mengetahui peranannya yang perlu dimainkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia iaitu bukan sahaja mengurus perkhidmatan kaunseling itu sendiri malah melihat sumbangannya kepada pembangunan insan di negara ini.
Lembaga faham jangkakan dan harapan masyarkat terhadap perkhidmatan kaunseling khusus untuk membantu mereka dalam membangun, mencegah dan memulihkan masyarkat kepada kehidupan yang lebih baik. Adalah disedari bahawa setakat ini perkhidmatan kaunseling secara umumnya belum lagi memenuhi dan menepati saranan ekpektasi masyarakat.
Bila kita berbicara persoalan ini dan mengapa terjadinya sedemikian? Maka banyaklah fakta dan data dikemukakan sama ada untuk dijadikan alasan atau sebab musabab. Dalam kontek ini bagi kami, Lembaga kaunselor Malaysia adalah merujuk satu organisasi yang perlu menjawab perkara tersebut. Bertitik tolak daripada persoalan ini kami akan cuba melihat kembali dan mempertingkatkan fokus dan komitmen kearah memenuhi kehendak masyarkat dan negara.
Saya bersama ahli Lembaga Kaunselor Malaysia yang baru dilantik akan juga membuat satu tranformasi kepada kaunselor dan perkhidmatan kaunseling yang berlandaskan "Rakyat Didahulukan Prestasi Diutamakan".
Akhirnya saya menyeru semua persatuan berlandasarkan perkhidmatan kaunseling dan kaunselor-kaunselor sama-sama berganding untuk menjayakan perkhidmatan kaunseling dan memberikan sebanyak mungkin sumbangan kepada pembangunan negara.
Salam sejahtera,
Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Bin Che Din, K.B;P.A.
Presiden
Lembaga Kaunselor 2012-2014

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ikAn-ikAn belaan PERKUM